Wednesday 30 May 2012

Aku Dah Mula Suka Melukis...



Nampaknya blog Syaqhirah  dah ada new designkan? Kelmarin Syaqhirah tukar  sidebar tu, sebab Syaqhirah rasa macam tak cantik je. 

Syaqhirah sekarang tengah sibuk design blog orang lain. Penat jugak tapi nasib baik cuti 2 minggu ni baru dorang suruh Syaqhirah design tapi kalau dorang suruh Syaqhirah design time sekolah memang Syaqhirah terpaksa tolak. Kalau Syaqhirah terima, mesti penat. Lepas cuti 2 minggu ni, Syaqhirah mungkin tak dapat update entri setiap hari sebab Syaqhirah pasti akan sibuk dengan sekolah, tuisyen dan kelas tambahan kat sekolah. Takda masa nak update entri, design blog ataupun nak melayari internet! 

Rasanya kita dah semakin jauh dari topik utama. Tarik nafas dulu! Hembus! Syaqhirah dah mula suka melukis sejak...urmmmm tak silap sejak hari Isnin! Macam Syaqhirah lukis, Syaqhirah tengok daripada majalah Ana Muslim. Kalau ada kartun yang senang Syaqhirah lukis, Syaqhirah akan lukis. Sekarang, Syaqhirah dah boleh melukis. Alhamdulillah.

Dulu, nak melukis pun malas! Tapi, dulu Syaqhirah suka mewarna. Sekarang, suka melukis pulak tapi tak suka nak mewarna. Haha! Dulu, Syaqhirah suka aiskrim coklat sekarang, aiskrim warna hijau tu pulak Syaqhirah suka! Pelik! Kesukaan Syaqhirah berubah-ubah kan? Sampai di sini sahaja entri kali ini sebab Syaqhirah nak melukis! Tata~...

Coretan Oleh, 

  



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

Friday 25 May 2012

Holiday Lagi! ^_^



 I'm so happy! Why? Cuz Syaqhirah dapat number 3 in examination. Syaqhirah tak kisah even Syaqhirah tak dapat number 1. From 37 people I get number 3, bagus lah tu kan

Masa mama and abah Syaqhirah balik rumah, Syaqhirah tanya, Syaqhirah dapat nombor berapa? Mama Syaqhirah cakap nombor 9! Hah? Terkejut Syaqhirah! Takkanlah, boleh dapat nombor 9? Terus Syaqhirah ambil kertas keputusan peperiksaan. Baca-baca! Dapat nombor 3! HAh? Rupanya, mama and abah Syaqhirah tipu! I'm so suprised! HAha! Aku dah terkena!

Syaqhirah gembira jugak sebab cuti datang lagi! Cuti selama 2 weeks (16 hari)! Wah, bestnya! Bolehlah jalan-jalan! Melancong ke sana sini! Kerja rumah pun bleh tahan banyaknya. Takpa, Syaqhirah boleh siapkan! Sambil melancong sambil buat kerja rumah! 

Tapi, Syaqhirah kena sekolah selama 2 hari! Hah??? School apa pulak tu? Tuisyen lah! Syaqhirah tak sabar jugak nak pergi tuisyen sebab kawan Syaqhirah nak daftar situ, jadi bolehlah kami tuisyen sama-sama. Hihihi...

Coretan Oleh,







♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

Wednesday 23 May 2012

Debaran Di Hati




Dah lama Syaqhirah tak jenguk blog Syaqhirah ni kan? Syaqhirah nak check dulu, mana tahu ada labah-labah kat blog Syaqhirah ni, maklumlah dah lama tak buka blog ni. Alhamdulillah, takda jugak labah-labah lepak kat blog Syaqhirah ni.

Syaqhirah tak dapat buka sebab Syaqhirah sibuk. Sibuk dengan pelajaran di sekolah. Syaqhirah ni masih bergelar seorang murid sekolah. Baru je Syaqhirah hadapi peperiksaan. Syaqhirah berdebar-debar sekarang ni. Why? Sebab esok nak ambil report card. Arghhh! Seramnya...Lagi seram daripada cerita hantu. Syaqhirah tak tahu Syaqhirah dapat nombor berapa...

Kawan Syaqhirah, Fasiha asyik murung je dari kelmarin. Ini semua pasal report card lah! Kawan Syaqhirah tu takut. Syaqhirah berdoa dia dan Syaqhirah dapat keputusan yang baik dan cemerlang sambil tadah tangan. Jangan lupa doa agar Syaqhirah dapat keputusan yang cemerlang ya??? Sayang korang...muahhh...

Coretan Oleh,






♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

Copyright 2011-2012.All Right Reserved By Syaqhirah