Monday 19 November 2012

Keputusan UPSR 2012

 
Kalau rasa gembira tepuk tangan...lalalalla...Kenapa tiba-tiba menyanyi ni? Sebab, Syaqhirah sangat happy ^_^! Kalau Syaqhirah dah happy, mesti korang tahu result UPSR Syaqhirah berapa right?
Hihi...result Syaqhirah 5A! Alhamdulillah, Ya Allah! Syaqhirah sangat bersyukur! Mama and abah Syaqhirah bukan main gembira lagi hingga telefon semua aunty2 and uncle2 Syaqhirah sebab nak bagitau dorang pasal result UPSR.
Syaqhirah dah ready ni nak terima hadiah daripada mama,abah,aunty2,uncle2 and nenek tercinta. Hadiah daripada nenek saya adalah yang paling utama! Sebab hadiah nenek saya ialah UMRAH! Siapa yang tak nak umrah? Cuba tarik hidung sampai tercabut. Haha..
Kalau nak tahu hadiah apa lagi yang Syaqhirah akan dapat cuba baca kat ENTRI INI.
Kelmarin, sebelum ambil slip UPSR, Syaqhirah amatlah gementar sampai kaki ni sejuk tau! Syaqhirah macam ragu-ragu boleh dapat 5A sebab sains bahagian A cuma 23.. huhu T_T. Kalau nak dapat A bahagian B mesti 17 ke atas.
Ni Syaqhirah nak cerita masa my mom and Syaqhirah pergi ambil slip. My dad? My dad kata tak nak ikut, nak duduk kat dalam kereta je. Then, my mom and Syaqhirah masuk ke dalam pejabat am. kat situ banyak cikgu dan ada beberapa orang murid. Murid yang lain semuanya kat luar mungkin dah ambil slip atau tunggu mak bapak dorang sebab Syaqhirah tengok takda pun makbapak dorang.
 Lepas tu, my mom tanya cikgu kat situ mana nak ambil slip UPSR. Then, kami pun pergi kat meja yang cikgu tu beritahu. Dekat je..3 langkah sampai dah. Kat meja tu ada dua orang guru yang bertugas, Madam Kartini dan Cikgu Osman semuanya mengajar math. Madam Kartini suruh Syaqhirah tandatangan satu kertas ni. Syaqhirah pun tak tahu kertas apa.
Sebenarnya, masa je Syaqhirah sampai kat meja untuk ambil slip UPSR, kawan Syaqhirah Syahirah Athilah atau lebih dikenali sebagai Illa dah bagitau yang Syaqhirah 5A tapi Syaqhirah tak percaya pun. Dia ada kata jugak, dia tengok kat papan kenyataan. 
Tapi, Syaqhirah tetap tak percaya. Lepastu, Cikgu Osman tanya nama Syaqhirah. Lepastu, Cikgu Osman cari slip Syaqhirah. Masa Cikgu Osman cari slip tu, Illa masih lagi nak yakinkan Syaqhirah dia kata " Betul Syaqhirah! Kau dapat 5A! " Tiba-tiba Cikgu Osman menyampuk, " Mana ada dia dapat 5A." Masa tu Syaqhirah dah macam nak menangis. 
Jantung ni dah berdebar. Dalam 10 saat macam tu, Cikgu Osman dah jumpa. Cikgu Osman pun cakap " Kan betul! Mana ada dia dapat 5A. Taklah, dia dapat 5A. Hehhe..." Cikgu Osman pun bagi kat my mom. My mom terus senyum. Bukan main gembira lagi my mom masa tu. Lepastu, kitorang pulang nak bagitau abah yang tengah menunggu kat kereta.
Syaqhirah rasa sangat sangat sangat sangat gembira! Akhirnya, Syaqhirah dapat jugak apa yang Syaqhirah nak. I'm so happy! Alhamdulillah..terima kasih Ya ALLAH! 

5A DALAM GENGGAMAN!!!


♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

Saturday 10 November 2012

Hari Anugerah Pelajar Cemerlang.




Rasanya dah lama tak update entri kan? Sekarang dah tak busy dah tapi tetap malas nak update entri. Entah napa asyik malas je. Maklumlah, dah habis UPSR..Haha..
 
Kalau UPSR dah habis bermakna pelajar tahun enam akan meninggalkan sekolah rendah dan pergi ke sekolah menengah pada tahun depan kan??? Tapi, Syaqhirah tak nak  tinggalkan sekolah rendah! I will miss my school....
 
Ingatkan tanggal 7 adalah hari terakhir untuk Syaqhirah and my friends kat sekolah rupanya hari jumaat school lagi. Tanggal 7 hari majlis pelajar cemerlang. Syaqhirah pun dapat tau! Asal pulak dapat? Kan dah habis UPSR? Takkan ada peperiksaan lagi? Yup! Ada peperiksaan lagi! Haha....

Syaqhirah cuma dapat anugerah mata pelajaran terbaik. Pendidikan Islam! Yang lain, semua kawan-kawan Syaqhirah dapat. Huhu! :( 

BM Penulisan: Nurul Husna (92 %)
BM Pemahaman: Aina Ilyana & Nurul Husna (95 %)
Bahasa Inggeris: Izzah Khairina (100 %)
Sains: Muhammad Azlan kot? Tak ingat markah dia.
Matematik: Wazira (100 %)
Pendidikan Islam: Siti Nursyaqhirah (98 %)
Bahasa Arab: Nabilah Husna,Siti Aribahtul Alawiyah & Nurul Husna (100 %)

Soalan yang keluar semuanya kami dah jawab. Hanya pelajaran pendidikan islam dan bahasa arab je kami tak pernah jawab. Ni ada satu gambar masa hari kecemerlangan tu.



Sebelah kiri tu Syaqhirah, sebelah lagi, Nabilah Husna, sebelah lagi, Aina Ilyana dan kanan tu Izzah Khairina. Satu je gambar...hehehe... 

This is my memory with my friends. I will keep it in my heart.... :)


Coretan Oleh, 
 
 
 
 

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

Copyright 2011-2012.All Right Reserved By Syaqhirah