Hari Jumaat pada waktu petang tepat pukul 4.00 petang ialah hari paling gembira dalam hidupku sebab pada waktu itu UPSR dah tamat dan aku takkan hadapinya lagi pada masa akan datang. Happynya Syaqhirah! Bolehlah main laptop 24 hours! Kebimbangan dalam otak dah separuh kosong. Yang separuh lagi, kebimbangan tentang result UPSR.
Tak silap Syaqhirah, cikgu ada kata yang tanggal 7/11/2012 kami kena datang sekolah untuk tengok result UPSR. Hati semakin berdebar. Huhuhuhuhu...Takpa, kena yakin pasti dapat 5A! Yalah tu! Macam mana nak yakin? Risau, risau, risau! Aaaarghhh...Ya ALLAH, berikanlah aku 5A dalam UPSR.
Bestnya dapat 5A! Banyak hadiah yang keluarga Syaqhirah bagi. Tak sabar nak tunggu tanggal 7 bulan November tu. Hari itu semua persoalan dalam minda akan terjawab! Samaada dapat 5A ataupun tidak! Hari itu adalah hari di mana, Syaqhirah akan menangis kegembiraan ataupun menangis sebab kesedihan. Dalam hati ni, berdebar sangat. Siapalah agaknya yang periksa kertas Syaqhirah ye? Hurmm....
Coretan Oleh,
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum,
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini
SATU pun jadi lah ! hehe