Wednesday 30 May 2012

Aku Dah Mula Suka Melukis...



Nampaknya blog Syaqhirah  dah ada new designkan? Kelmarin Syaqhirah tukar  sidebar tu, sebab Syaqhirah rasa macam tak cantik je. 

Syaqhirah sekarang tengah sibuk design blog orang lain. Penat jugak tapi nasib baik cuti 2 minggu ni baru dorang suruh Syaqhirah design tapi kalau dorang suruh Syaqhirah design time sekolah memang Syaqhirah terpaksa tolak. Kalau Syaqhirah terima, mesti penat. Lepas cuti 2 minggu ni, Syaqhirah mungkin tak dapat update entri setiap hari sebab Syaqhirah pasti akan sibuk dengan sekolah, tuisyen dan kelas tambahan kat sekolah. Takda masa nak update entri, design blog ataupun nak melayari internet! 

Rasanya kita dah semakin jauh dari topik utama. Tarik nafas dulu! Hembus! Syaqhirah dah mula suka melukis sejak...urmmmm tak silap sejak hari Isnin! Macam Syaqhirah lukis, Syaqhirah tengok daripada majalah Ana Muslim. Kalau ada kartun yang senang Syaqhirah lukis, Syaqhirah akan lukis. Sekarang, Syaqhirah dah boleh melukis. Alhamdulillah.

Dulu, nak melukis pun malas! Tapi, dulu Syaqhirah suka mewarna. Sekarang, suka melukis pulak tapi tak suka nak mewarna. Haha! Dulu, Syaqhirah suka aiskrim coklat sekarang, aiskrim warna hijau tu pulak Syaqhirah suka! Pelik! Kesukaan Syaqhirah berubah-ubah kan? Sampai di sini sahaja entri kali ini sebab Syaqhirah nak melukis! Tata~...

Coretan Oleh, 

  



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum,
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini
SATU pun jadi lah ! hehe

Copyright 2011-2012.All Right Reserved By Syaqhirah