Monday 19 November 2012

Keputusan UPSR 2012

 
Kalau rasa gembira tepuk tangan...lalalalla...Kenapa tiba-tiba menyanyi ni? Sebab, Syaqhirah sangat happy ^_^! Kalau Syaqhirah dah happy, mesti korang tahu result UPSR Syaqhirah berapa right?
Hihi...result Syaqhirah 5A! Alhamdulillah, Ya Allah! Syaqhirah sangat bersyukur! Mama and abah Syaqhirah bukan main gembira lagi hingga telefon semua aunty2 and uncle2 Syaqhirah sebab nak bagitau dorang pasal result UPSR.
Syaqhirah dah ready ni nak terima hadiah daripada mama,abah,aunty2,uncle2 and nenek tercinta. Hadiah daripada nenek saya adalah yang paling utama! Sebab hadiah nenek saya ialah UMRAH! Siapa yang tak nak umrah? Cuba tarik hidung sampai tercabut. Haha..
Kalau nak tahu hadiah apa lagi yang Syaqhirah akan dapat cuba baca kat ENTRI INI.
Kelmarin, sebelum ambil slip UPSR, Syaqhirah amatlah gementar sampai kaki ni sejuk tau! Syaqhirah macam ragu-ragu boleh dapat 5A sebab sains bahagian A cuma 23.. huhu T_T. Kalau nak dapat A bahagian B mesti 17 ke atas.
Ni Syaqhirah nak cerita masa my mom and Syaqhirah pergi ambil slip. My dad? My dad kata tak nak ikut, nak duduk kat dalam kereta je. Then, my mom and Syaqhirah masuk ke dalam pejabat am. kat situ banyak cikgu dan ada beberapa orang murid. Murid yang lain semuanya kat luar mungkin dah ambil slip atau tunggu mak bapak dorang sebab Syaqhirah tengok takda pun makbapak dorang.
 Lepas tu, my mom tanya cikgu kat situ mana nak ambil slip UPSR. Then, kami pun pergi kat meja yang cikgu tu beritahu. Dekat je..3 langkah sampai dah. Kat meja tu ada dua orang guru yang bertugas, Madam Kartini dan Cikgu Osman semuanya mengajar math. Madam Kartini suruh Syaqhirah tandatangan satu kertas ni. Syaqhirah pun tak tahu kertas apa.
Sebenarnya, masa je Syaqhirah sampai kat meja untuk ambil slip UPSR, kawan Syaqhirah Syahirah Athilah atau lebih dikenali sebagai Illa dah bagitau yang Syaqhirah 5A tapi Syaqhirah tak percaya pun. Dia ada kata jugak, dia tengok kat papan kenyataan. 
Tapi, Syaqhirah tetap tak percaya. Lepastu, Cikgu Osman tanya nama Syaqhirah. Lepastu, Cikgu Osman cari slip Syaqhirah. Masa Cikgu Osman cari slip tu, Illa masih lagi nak yakinkan Syaqhirah dia kata " Betul Syaqhirah! Kau dapat 5A! " Tiba-tiba Cikgu Osman menyampuk, " Mana ada dia dapat 5A." Masa tu Syaqhirah dah macam nak menangis. 
Jantung ni dah berdebar. Dalam 10 saat macam tu, Cikgu Osman dah jumpa. Cikgu Osman pun cakap " Kan betul! Mana ada dia dapat 5A. Taklah, dia dapat 5A. Hehhe..." Cikgu Osman pun bagi kat my mom. My mom terus senyum. Bukan main gembira lagi my mom masa tu. Lepastu, kitorang pulang nak bagitau abah yang tengah menunggu kat kereta.
Syaqhirah rasa sangat sangat sangat sangat gembira! Akhirnya, Syaqhirah dapat jugak apa yang Syaqhirah nak. I'm so happy! Alhamdulillah..terima kasih Ya ALLAH! 

5A DALAM GENGGAMAN!!!


♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

Saturday 10 November 2012

Hari Anugerah Pelajar Cemerlang.




Rasanya dah lama tak update entri kan? Sekarang dah tak busy dah tapi tetap malas nak update entri. Entah napa asyik malas je. Maklumlah, dah habis UPSR..Haha..
 
Kalau UPSR dah habis bermakna pelajar tahun enam akan meninggalkan sekolah rendah dan pergi ke sekolah menengah pada tahun depan kan??? Tapi, Syaqhirah tak nak  tinggalkan sekolah rendah! I will miss my school....
 
Ingatkan tanggal 7 adalah hari terakhir untuk Syaqhirah and my friends kat sekolah rupanya hari jumaat school lagi. Tanggal 7 hari majlis pelajar cemerlang. Syaqhirah pun dapat tau! Asal pulak dapat? Kan dah habis UPSR? Takkan ada peperiksaan lagi? Yup! Ada peperiksaan lagi! Haha....

Syaqhirah cuma dapat anugerah mata pelajaran terbaik. Pendidikan Islam! Yang lain, semua kawan-kawan Syaqhirah dapat. Huhu! :( 

BM Penulisan: Nurul Husna (92 %)
BM Pemahaman: Aina Ilyana & Nurul Husna (95 %)
Bahasa Inggeris: Izzah Khairina (100 %)
Sains: Muhammad Azlan kot? Tak ingat markah dia.
Matematik: Wazira (100 %)
Pendidikan Islam: Siti Nursyaqhirah (98 %)
Bahasa Arab: Nabilah Husna,Siti Aribahtul Alawiyah & Nurul Husna (100 %)

Soalan yang keluar semuanya kami dah jawab. Hanya pelajaran pendidikan islam dan bahasa arab je kami tak pernah jawab. Ni ada satu gambar masa hari kecemerlangan tu.



Sebelah kiri tu Syaqhirah, sebelah lagi, Nabilah Husna, sebelah lagi, Aina Ilyana dan kanan tu Izzah Khairina. Satu je gambar...hehehe... 

This is my memory with my friends. I will keep it in my heart.... :)


Coretan Oleh, 
 
 
 
 

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

Monday 29 October 2012

Tutorial: Buat Banner Guna Photoscape

 

Tadi, Syaqhirah check blog Syaqhirah and Syaqhirah nampak ada budak yang nak request tutorial cara buat banner. Sorry ye dik, sebab akak lambat buat tutorial. Akak busy lah dik.

Ada sesiapa ke yang tak tahu apa itu banner? Kalau tak tahu, cuba tengok contoh bahagian sidebar yang bertajuk "Banner Ku!". Cuba tengok bawahnya, ada banner kan? Itulah banner.

Tutorial hari ni kita guna photoscape ye? Kalau korang belum download photoscape lagi, korang boleh download kat sini.

Sebelum kita mulakan tutorial, korang kena cari dulu background untuk banner korang. Backgroundnya mestilah bersaiz 125 x 125 atau 100 x 100

1. Buka photoscape.

2. Lepas tu, sila klik editor.

3. Ambil background untuk banner yang korang dah cari di bahagian tepi/sebelah kiri tu....

4. Then, tekan object macam gambar kat bawah ni:


  5. Kalau nak letak perkataan kat banner korang tu, korang kenalah tekan logo T. Korang boleh letak hiasan atau gambar yang comel-comel untuk menjadikan banner korang tu cantik.

 
6. Kalau nak buat animated atau flash banner, korang kenalah buat gambar sama yang berkeping-keping. Maksudnya, kena buat dua gambar dengan background yang sama tapi tulisan atau hiasan yang lain. Faham tak???
 
7. Kalau korang dah siap design gambar yang pertama tadi, korang kenalah save. Lepastu, klik ANIMATED GIF untuk buat flash banner.
 
 
8. Drag gambar pertama yang korang dah save tadi, ke ruang kosong.
 
9. Then, korang kena buat gambar yang kedua pulak. Kalau dah buat, korang tinggal save lepastu drag gambar tu ke ANIMATED GIF. Ia akan jadi macam ni:


 10.  Korang boleh change time untuk banner korang tu. Semakin besar nombor yang korang ubah, semakin lambat flash banner korang. Change Effect pulak untuk tukar pergerakan gambar sama ada bergerak ke atas, bawah atau ke kiri,ke kanan.

11. Sila tekan save kalau dah siap buat banner.

Ini adalah contoh simple banner. Taklah cantik sangat, dah namanye simple banner.

 
Korang punya banner mesti lebih cantik dari yang Syaqhirah buat kan? Maklumlah, korang kan kreatif! ^_^



Coretan Oleh, 
 

 


♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

Saturday 27 October 2012

GoodByE Sekolah RendahKU!

 
Tak lama lagi aku akan meninggalkan zaman sekolah rendah dan melangkah ke sekolah menengah. Banyak kenangan suka dan duka yang telah ku lalui di sekolahku.
Kawan-kawanku di primary school akan aku rindui. Mereka akan pergi ke sekolah yang berlainan daripada aku. Tapi, ada jugak yang pergi sekolah sama dengan aku. ^_^ 
My memories with my best friend, my friend and my enemy, I will keep in my heart forever. Tapi, mungkin aku akan lupa sedikit demi sedikit. Aku harap aku akan lupa memori yang duka je.

Aku harap kami akan berjumpa lagi suatu hari nanti....Kalau kami jumpa masa kami dah besar and dah bekerja kan bagus? Bolehlah buat reunion party dekat hotel...Siapa yang nak sediakan duit tu buat party tu? Aku tak nak~ hehehe....Siapa-siapa je lah yang nak....
Tapi, yang paling sekali aku nak jumpa Puteri Syibrah! Aku nak jumpa Anis Sufira(Along), Nabilah Husna(Mama), Nur Naziha(aunty, Syahirah Athilah(Achik),Nur Iffah Nazurah(kakak sepupu)....
Yang korang nampak achik,along,aunty tu bukanlah family real aku, tapi family in school untuk main-main je...Aku nak sertakan sekali gambar-gambar aku dengan kawan ku tapi malas lah nak copy and paste..sorry ye.. ok lah..kartun fav aku dah main Dragonball Z Kai...babai~
Maaf bagi penggunaan 'aku' kepada orang yang lebih tua. Biasanya guna 'Syaqhirah'. Tapi, hari ni takda mood pulak oleh sebab itu terpaksa guna 'aku'. Sorry ye.
Coretan Oleh,



♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

Tuesday 16 October 2012

Kalau dapat 5A & Mumtaz, aku nak....

 

Kalau dapat 5A dan Mumtaz Syaqhirah nak macam-macam. Tapi, kalau nak ikut kemahuan Syaqhirah ni, boleh bankrup parents Syaqhirah. Haha...Tapi, Syaqhirah sayang mama and abah. So, Syaqhirah tak minta banyak sangat kalau dapat 5A atau Mumtaz atau kedua-duanya sekali. :)
 
Kalau dapat 5A, Syaqhirah dah fikir sejak bulan Januari lagi yang Syaqhirah cuma nak tiga benda ni je:
 
  • Umrah
  • Iphone 5
  • Samsung Galaxy Tab 2
Sepatutnya empat benda. Syaqhirah nak pergi Brunei tapi dalam umrah tu nanti kami pergi Brunei dulu baru pergi Mekah. Yahooo...Bestnya! Boleh melancong ke luar negara! Yey! Tapi, kena dapat 5A dulu...huhuhu...
 
Kalau dapat Mumtaz pulak tapi tak dapat 5A Syaqhirah akan minta benda sama macam kat atas. Kalau dapat kedua-duanya sekali macam mana? Mustahil je rasanya...Syaqhirah bukannya pandai sangat tetapi tak bodoh. Tiada orang di dunia ini yang bodoh dan pandai, hanya ALLAH sahaja yang bijaksana dan tidak bodoh. Apa tiada orang di dunia ni yang bodoh dan pandai? Baca kat ayat kat bawah ni:
 
Tiada manusia yang pandai dan bodoh kerana yang pandai boleh menjadi bodoh dan yang bodoh boleh menjadi pandai.
 
Muehehehe...Syaqhirah harap Syaqhirah dapat 5A dan Mumtaz. Amin! 
 
 
Coretan Oleh,

 
 
 
 

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

Monday 15 October 2012

Tutorial: Border Di Sekeliling Blog

 

Tutorial kali ini tidak direquest siapa-siapa. Syaqhirah yang saja nak buat sebab terlalu happy. Syaqhirah baru je dapat buat sebelum ni Syaqhirah try nak buat shadow di sekeliling blog tapi tak berjaya sebab shadow tu tak sesuai dengan blog Syaqhirah. Maklumlah, Syaqhirah tak guna Simple,Denim or Minima template. Syaqhirah guna template picture window je. *_*
 
Sebelum kita mulakan tutorial, korang kena transparentkan warna border blog korang tu. Kalau tak tahu caranya macam ni: Design ---> Template Designer ---> Border Colour ---> Click Transparent. Ok, jom kita mulakan tutorial...
 
 1. Dashboard ---> Design ---> Edit HTML

2. Tekan Ctrl +F dan cari kod ni:


.content-inner {
 
 atau 
 
 .main-outer {
 
kalau tak jumpa, cari yang ni pulak: 
 
 #content-wrapper {
 
3. Tolong delete code yang lebih kurang macam ni:
 
border: 1px solid $borderColour;
border-top: 0;
 
4. Paste code kat bawah ni dibawah code dalam langkah kedua kat atas ni...
 
  
border-top: 1px dashed #FFFFFF;
border-left: 
1px solid #FFFFFF;
border-right: 
1px solid #FFFFFF;
border-bottom: 
1px dashed #FFFFFF;


Notes:
Merah: Ketebalan border
Hijau: Kalau nak tukar dotted,dashed or solid pun boleh.
Pink: Warna border tu. Klik sini kalau nak kod warna.  
 
5. Sebelum save preview dulu. Kalau tiada error, bolehlah korang save. ^_^
    
 
 
Coretan Oleh,
 
 




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

Saturday 13 October 2012

Habbo?

 

HAi semua...hari ni Syaqhirah nak cerita kat korang pasal habbo. Tahu tak apa tu game habbo? Habbo tu sejenis game virtual world. Korang boleh buat avatar korang sendiri. Kalau nak nampak macam muka korang pun boleh. Kalau korang main habbo, korang boleh chat dengan orang lain di seluruh dunia tapi yang main dan online masa korang main habbo tu. 
 
Game habbo ni macam real tau sebab korang boleh tidur, minum , makan , mandi, berenang. Best kan? Kat habbo ada adoption center maksudnya kalau korang nak ada anak kat habbo korang kena lah adopt anak angkat kat situ. Kalau nak cari suami(dalam habbo je not real) pun boleh tapi cari lah avatar habbo yang berjantina lelaki. Kalau nak jadi lesbian or gay pun boleh kat habbo tak dilarang. Tapi, tak digalakkan. Muehehe...
 
Habbo ni game virtual world yang mula-mula Syaqhirah main. Syaqhirah first main habbo ni tahun 2010 sehingga 2011, setahun je...First Syaqhirah main best lepas dah lama-lama tu jadi bosan pulak. Hehehe...Nama avatar habbo Syaqhirah ialah syaqhirah, kalau nak add silakan tapi Syaqhirah dah tak pernah main. 
 
Banyak suka dan duka yang Syaqhirah alami kat habbo. Cewahh...Tapi, game habbo ni memang best. Korang cubalah, rasanya habbo dah semakin hebat tak macam dulu dah. Lain dari yang dulu. Sekarang Syaqhirah tak main dah. Oleh kerana bosan main habbo, Syaqhirah main game virtual world yang lain. Sorry ye, Syaqhirah dah tak ingat virtual world apa yang Syaqhirah main lepas habbo sorry! 

Entri lain Syaqhirah akan cerita pasal smallworld pulak....itu game virtual world yang ketiga Syaqhirah main.
 
Coretan Oleh, 
 
 
 

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

Wednesday 10 October 2012

Ketenangan... ^_^

 

Assalamualaikum! Blog ku... rindunya aku dengan engkau...lamanya tak pernah tengok blog pink ni...dah lah tak pernah update entri. Ummm...nak buat macam mana, habis je UPSR, Syaqhirah dikejutkan dengan SRU (SIJIL RENDAH UGAMA). 
 
Syaqhirah kena menghafal satu buku tau! Macam pelajaran feqah, ada 20 pelajaran jadi kenalah hafal semua tu. Huhuhu...Oleh sebab kena menghafal banyak pelajaran lebih daripada 10 pelajaran, jadi  setiap hari Syaqhirah makan kismis. Sedap! KISMIS MINDA!
 Alhamdulillah, Syaqhirah dapat jawab semuanya dan ingat apa yang Syaqhirah dah hafal.

Jumaat, 05 Oktober 2012, 11.25 a.m., Syaqhirah terus buka laptop! Bukan facebook, main ameba pico dengan Puteri Syibrah, Shasya and Syafiqah Afiqah. Main coco girl and edit blog Puteri Syibrah. Tapi, belum siap edit lagi. Syaqhirah nak bagi kejutan dengan Puteri Syibrah. Dah lama Puteri suruh Syaqhirah edit blog dia tapi Syaqhirah tak edit semuanya sebab waktu tu nak dekat dah UPSR. So, terpaksalah ignore je permintaan dia. SORRY PUTERI!
 
Oklah, nak sambung edit blog Puteri Syibrah ni, kalau sudi jom visit blog BFF Syaqhirah ni.. Ok! GOODBYE! Doakan Syaqhirah dapat 5A dalam UPSR and Mumtaz dalam SRU! 
 
وداعا جميع
 
Coretan Oleh
 
 
 
 

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

Sunday 16 September 2012

GOODBYE UPSR!!!

 
 
Hari Jumaat pada waktu petang tepat pukul 4.00 petang ialah hari paling gembira dalam hidupku sebab pada waktu itu UPSR dah tamat dan aku takkan hadapinya lagi pada masa akan datang. Happynya Syaqhirah! Bolehlah main laptop 24 hours! Kebimbangan dalam otak dah separuh kosong. Yang separuh lagi, kebimbangan tentang result UPSR.
 
Tak silap Syaqhirah, cikgu ada kata yang tanggal 7/11/2012 kami kena datang sekolah untuk tengok result UPSR. Hati semakin berdebar. Huhuhuhuhu...Takpa, kena yakin pasti dapat 5A! Yalah tu! Macam mana nak yakin? Risau, risau, risau! Aaaarghhh...Ya ALLAH, berikanlah aku 5A dalam UPSR.
  
Bestnya dapat 5A! Banyak hadiah yang keluarga Syaqhirah bagi. Tak sabar nak tunggu tanggal 7 bulan November tu. Hari itu semua persoalan dalam minda akan terjawab! Samaada dapat 5A ataupun tidak! Hari itu adalah hari di mana, Syaqhirah akan menangis kegembiraan ataupun menangis sebab kesedihan. Dalam hati ni, berdebar sangat. Siapalah agaknya yang periksa kertas Syaqhirah ye? Hurmm....

Apa lagi ye nak Syaqhirah cerita? Rasanya dah takda.... Oklah, Syaqhirah akhiri entri hari ni dengan ucapan " Wish Me Get 5A ! " (entah betul atau tak inggeris Syaqhirah tu...)


Coretan Oleh,





♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

Thursday 16 August 2012

TUTORIAL

Assalamualaikum!
Welcome to my:
TUTORIAL! 
 Tutorial Syaqhirah menggunakan dashboard lama, kalau korang nak tukar dashboard korang ke dashboard lama korang boleh tekan sini...

Tutorial For New Blogger.


Tutorial: Macam mana nak cari blog ID

Tutorial: Cara Nak Tick Expand Widgets

Tutorial: Cara nak tukar dashboard (baru ke lama) - (lama ke baru)


Tutorial: Related To Facebook.

Tutorial: Facebook Like Button







Tutorial berkaitan title blog.

Tutorial: Favicon

Tutorial: Gerakkan title blog.



Tutorial berkaitan title post.

  Tutorial: Cute icon tepi post title





Tutorial for shoutbox.
 
  

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

Copyright 2011-2012.All Right Reserved By Syaqhirah