Sunday 10 June 2012

Tutorial: Cara nak ambil Image URL






Assalamualaikum and hello peeps! Baru-baru ni, ada orang tanya Syaqhirah kat facebook, kenapa favicon dia tak jadi? Dia cakap gambar dia tak keluar. Then, Syaqhirah cakap, hah? tak jadi? Awak ambil kod gambar tu semuanya ke?. Dia kata ya. Patutlah! Tak jadi rupanya salah kod! 
Tutorial kali ni Syaqhirah nak ajar cara nak ambil image url kat google, photobucket dan glitter-graphics! Hope tutorial kali ni berguna untuk newbie blogger ni... 

Cara Nak Ambil Image URL dekat Google
 1. First sekali, korang taip kat google, gambar yang korang nak. Lepastu, korang klik gambar yang korang nak.

 
 (klik gambar untuk lebih jelas)


2. Tekan right click kat gambar tu.

3. Lepastu, tekan view image tapi jangan pulak korang tekan view image info ye...

(klik gambar untuk lebih jelas)

4. Copy url gambar tu seperti yang ditunjukkan oleh anak panah tu dalam gambar kat bawah ni :


 (klik gambar untuk lebih jelas)


5. Korang dah boleh dapat url image korang tu! Nak paste kat mana ye? Paste kat mana yang korang nak lah.


Cara Nak Ambil URL Image kat Photobucket

1. Search gambar yang korang nak.

2. Click gambar yang korang nak tu.

3. Sebelah kanan, ada kotak macam ni:

 

4. Korang copy lah kod dalam kotak direct link yang diletak kotak merah tu...

5. Dah dapat url image yang korang nak then paste kat tempat yang korang nak. ^_^


Cara Nak Ambil URL Image kat Glitter-Graphics

1. Korang pergi SINI dulu.

2. Korang pilih gambar mana yang korang nak.

3. Kalau dah pilih, korang tengok bahagian bawah. Ada tak kod macam kat bawah ni ha:

 

4. Ada kan? Korang ambil kod URL nya, yang diletak kotak biru tu.

5. Itulah, url nya. 

6. Tapi, kalau korang copy kod nya kat situ, mesti automatik ter-highlight semuanya kan? Korang buka notepad, then paste kat situ ye???

7. Copy lah kod yang ada kotak biru tu ya... ^_^


Selamat Mencuba Guys!


Coretan Oleh,






♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

Thursday 7 June 2012

Hai School! Goodbye Holiday! =.=


 

Assalamualaikum semua! minggu depan dah sekolah! Tidakkk! T _ T Nasib baik semua homework dah habis buat, kalau tak mesti kelam-kabut nak buat. First time Syaqhirah tak rindu sekolah masa cuti. Biasanya Syaqhirah rindu sangat dengan sekolah tapi sekarang Syaqhirah harap masa akan dilambatkan! Syaqhirah harap hari ni adalah hari permulaan nak cuti! Tapi, Syaqhirah tahu semua tu takkan terjadi! <----ayat novel! wakwakwak...
 
Syaqhirah rasa sedih jugak sebab esok Syaqhirah terpaksa berpisah dari K.K! Alaaa, masih tak puas! Syaqhirah masih nak bercuti kat K.K! Takpalah, lain kali Syaqhirah boleh pergi lagi. Syaqhirah rasa best sangat sebab Syaqhirah dah tahu cara nak tulis entri baru walaupun tiada internet tapi kena guna laptop kalau nak tulis entri. Syaqhirah guna Windows Live Writer! Siapa ajar Syaqhirah? Of courselah my dad! Thank You Abah! Sayang abah! Hihihi, okeylah Syaqhirah dah nak jalan ni. Syaqhirah chow dulu ya! Hihihihi~
 
  
Coretan Oleh,
 
 
 

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

Tuesday 5 June 2012

Posisi Jerawat Petunjuk Kepada Kesihatan Seseorang


Hi stalker! Hari ni Syaqhirah nak kongsi sesuatu tentang jerawat kepada korang. Jerawat? Pasti korang benci dengan jerawat kan? Kalau korang tengah belek-belek muka depan cermin,tiba-tiba nampak jerawat, mulalah korang sakit hati dan geram kan?

Cuba korang ambil cermin sekarang lepastu tengok muka korang depan cermin. Ada jerawat tak? Ada? Kat mana jerawat tu? Dagu? Pipi? Hidung? Posisi jerawat kat muka korang tu boleh memberi petunjuk kepada kesihatan korang tau! Kalau pipi, kesihatan dia macam mana? Nak tahu? Jom baca! Kita mulakan dari dahi dulu ye?

Jerawat kat Dahi

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.

Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.
  
Jerawat kat HIDUNG 

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.


Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU

 Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat korang. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, korang perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.


Wait, Syaqhirah ada tips supaya kulit korang sihat!


Korang dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Itu salah satu tips penting untuk kecantikan tau! Kenapa kena minum 8 gelas air kosong sehari? Ini akan membantu korang untuk mengimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan. Selain itu, korang mesti cukup tidur tau! Tak boleh kurang tidur dan kurang air. Kalau tak, mulalah jerawat tumbuh kat muka korang yang comey tu...
 

Coretan Oleh,
 




♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

Saturday 2 June 2012

Bercuti Di K.K (Kota Kinabalu)


 

Tak sabar rasanya nak bercuti ke K.K.! Walaupun, dah banyak kali pergi sana tapi Syaqhirah masih rasa seronok! Tapi, yang tak bestnya kawan baik Syaqhirah, Puteri Syibrah pergi K.K hari ni. So, dia tak bolehlah on ameba pico dan pesbuk. Dia kata dia jarang on di K.K. Dia hanya on kalau dia pergi C.C. Huhuhu..
 
Syaqhirah masih boleh on kat K.K. sebab rumah makcik Syaqhirah ada laptop dan streamyx serta broadband maxis. Hurmmmm....I feel so lonely! Cuz Puteri Syibrah tak on! Takda rakan chat, ada jugaklah kawan sekolah Syaqhirah on pesbuk tapi Syaqhirah malas nak chat dengan dorang kecuali Syafiqa Wawa, my new best friend dan Oyen! Hehehe...Tapi, dia tak selalu on.
 
 
 
 
 
Macam mana aku nak tunggu kau, Puteri Syibrah. Kalau hari ni, bolehlah aku tunggu kau tapi esok aku kena pergi K.K. dah. Mesti tak sempat! Tapi, hari selasa, aku tak on lama kat ameba pico dan pesbuk sebab mama dan ayahku nak bawa aku jalan-jalan kat K.K.

Umm...Syaqhirah akan cuba on kat pesbuk dan ameba pico. Itupun, kalau sempatlah ataupun Syaqhirah on pesbuk guna hp je...Tapi, tak leh chat takpe hantar mesej je...Huhuhu...
 
 
Coretan Oleh,  

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

Peristiwa Pahit Di Ameba Pico


 
Helowww semua! Assalamualaikum! Entri kali ni pasal ameba pico lagi! Tadi, Syaqhirah tengah main ameba pico dengan kawan baik Syaqhirah, Puteri Syibrah dan kawan baru Syaqhirah, Bryan (dia ni kawan Puteri Syibrah). Kami main keluarga-keluarga kat ameba pico(dah besar masih main permainan budak2 kan?). Syaqhirah jadi kakak, puteri jadi adik dan bryan jadi adik bongsu. Syaqhirah ni kononnya kakak yang bekerja. Puteri dengan bryan masih sekolah. Puteri tahun 6 dan bryan tahun 1. 

Lepastu, Syaqhirah marah dengan Puteri sebab dia pergi disco. Sebenarnya, bryan yang pergi disco, dia cuma follow bryan je sebab nak suruh dia pergi sekolah. Tapi, Syaqhirah buat-buat tak percaya. Macam mana Syaqhirah tahu Puteri pergi disco? Sebab Syaqhirah follow dia. Syaqhirah marahlah dia then Syaqhirah kurung dia. Mungkin dia marah jugak sebab Syaqhirah bagi coklat france (yang dijual di pico) dengan bryan je tapi puteri tidak. Syaqhirah buat-buat tak pedulikan dia. Hehehe...Apalagi, terus dia kick Syaqhirah dan bryan dari bilik dia lepastu off.

Syaqhirah pun offlah ameba pico terus on fb. Syaqhirah nampak kat wall Syaqhirah gambar ni:

 

Tengoklah kata-kata dia kat bawah gambar tu. Syaqhirah rasa yang ayat dia " walaupun kawan baik ku selama ni...." Itu pasti ditujukan kepada Syaqhirah. Syaqhirah terasa tau bak kata pepatah "siapa yang makan lada, dialah yang terasa pedasnya." Gambar ni ditujukan khas buat Syaqhirah dan bryan. I know! Tapi, Syaqhirah dah minta maaf dengan puteri syibrah, kalau tak percaya tengok ni: 
 

 
 
 Syaqhirah tahu sebenarnya bukan abang si puteri yang send mesej tu, tapi dia sendiri. Yang gambar profilnya bukan yang dalam gambar tu tapi yang gambar kat atas sekali yang ada patung warna hijau tu. Puteri Syibrah dah ubah gambarnya kepada gambar yang warna biru tu...

 
 
 
Syaqhirah tahu itu bukan abang si Puteri tapi dia sendiri...Haha! So, apa jadi? Dia maafkan ke tak? Ya, dia maafkan lepastu kami sambung main pico balik. Hehehe...
 
Itu je gambar yang baru Syaqhirah bagi tengok dengan korang. Yang lain tu Syaqhirah bukannya tak nak bagi tengok tapi Syaqhirah malas nak printscreen. Hehehe...Maaf kerana kemalasan Syaqhirah ini!!!
 
 
Coretan Oleh,


♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

Copyright 2011-2012.All Right Reserved By Syaqhirah