Friday, 3 August 2012

Salam Ramadhan! Selamat Hari Raya Aildifitri!

 
Assalamualaikum peeps! Lamanya Syaqhirah tak update post kan? Sorry ye! Syaqhirah sibuk dengan pelajaran kat sekolah. Hari ni korang puasa tak? Siapa tak puasa? Angkat mulut sekarang! Haha, turunkan mulut korang. Hodoh pulak muka korang yang cute tu. ^=^....
Sekarang ni 15 Ramadhan kan? Rasanya tak terlambat lagi Syaqhirah nak ucapkan kat korang Selamat Berpuasa! Hehehe...Hari Raya pun tak lama lagi...tanggal 21 kan? Ye ke? Macam silap je ni! Errr...entahlah..muahehehe...
Korang dah beli baju raya? Belum? Baik beli sekarang, nanti habis pulak baju raya yang dijual kat bandar tu..Korang jahit atau beli baju raya? Kalau Syaqhirah, beli tapi bukan baju kurung! Tahun ni lain sikit, tahun lalu pakai baju kurung tapi tahun ni JUBAH! Hihihi...
First time Syaqhirah pakai jubah untuk Hari Raya biasanya baju kurung je... Tahun ni Syaqhirah rasa macam lebih istimewa dari tahun-tahun yang sebelum ni. Kenapa? Sebab Syaqhirah dapat pakai jubah, tudung pulak tudung Syria! Tahun lalu tudungnya lain yang ada owning tu...tudung err...Pearl Haya dan Nur Kasih... hihihi...
Jubah Syaqhirah warna pink,hitam dan ungu! Kalau keluarga Syaqhirah, tak pakai tema. Lagi best kalau semua lain-lain warna, boleh jugak nampak kelainan kan? Tapi, kalau semuanya sama je macam tak istimewa pulak. Tapi...Eh, ada tapi lagi! Hahaha... Tapi, kalau satu keluarga sama je warnanya nampak macam keluarga tu bersatu dan bahagia. Itu pandangan Syaqhirah tak tahulah korang macam mana kan? Setiap manusia, lain citarasanya..ye tak?
Ummm, rasanya sampai di sini je lah, takda dah Syaqhirah nak kongsi kat korang. Jumpa lain kali ye...Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri! 


Salam Ramadhan,

 

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum,
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini
SATU pun jadi lah ! hehe

Copyright 2011-2012.All Right Reserved By Syaqhirah