Hai semua! Apa khabar? Rasanya dah lama Syaqhirah tak update entri kan? Lebih 3 minggu! Syaqhirah sibuk dengan aktiviti kat sekolah. Hari ni baru sempat nak buka laptop. Ok! Syaqhirah nak cerita sikit pasal novel yang baru Syaqhirah beli. Novel tu bertajuk Diari Gadis Bintang!
Cantikkan bukunya? Cerita Diari Gadis Bintang pun best! Kalau markah ujian bahasa inggeris Syaqhirah bukan 90 ke atas mesti ayah Syaqhirah tak beli buku ni.
Diari Gadis bintang menceritakan tentang seorang remaja yang bernama Nur Najmina binti Aziz Zatter. Maksud Nur Najmina tu Cahaya Bintang sebab tu lah namanya Gadis Bintang! Najmina ni mempunya kuasa tangan sekuat Badang. Najmina juga mempunyai rakan superhero yang bernama Alfi bin Alfa. Alfi dipanggil sebagai Super 3G. Alfi mempunya kuasa boleh bergerak pantas. Hebat kan? Kalau korang nak tahu, Gadis Bintang dan Super 3G ni memang betul tau! Tak percaya? Syaqhirah tunjukkan buktinya!
Yang pakai baju dan tudung warna pink tu Gadis Bintang, yang pakai spek mata hitam dan topeng muka tu Super 3G! Percaya sekarang? Kalau cartoon rupa dorang macam ni:
Dorang ni lah Hero Sri Bangsar! Nanti Syaqhirah nak beli buku Diari Super 3G dengan Hero Rebut Popular. Kalau macam tu, Syaqhirah kena kumpul duit! Tak sabar nak baca diari Super 3G! Wuhuuuuuuuuuuuuuu!
Sinopsis Novel Diari Gadis Bintang:
Najmina, mempunyai kuasa tangan sekuat Badang dan menggelarkan dirinya sebagai Gadis Bintang. Tetapi bagaimana semuanya bermula? Segala rahsia hidupnya terkandung dalam diari merah jambu yang bergaya ini. Selepas empat tahun terhenti mencatit sebarang memori, akhirnya Najmina mengambil keputusan untuk menyambung semula penulisan diari. Mendapat inspirasi selepas curi-curi membaca diari rakan superheronya iaitu Super 3G, kini beliau menukar diari harian itu kepada Diari Gadis Bintang. Pada masa yang sama, kehadiran badut bernama Mat Donat kini menghuru-harakan keamanan di Sri Bangsar. Bijak dalam memanipulasikan otak kanak-kanak, Mat Donat mula menjalankan agenda jahatnya mewujudkan bandar tanpa orang dewasa. Kini semua orang dewasa berada dalam keadaan bahaya! Ketiadaan Super 3G kerana diserang demam denggi menyukarkan tugas Gadis Bintang menghalang Mat Donat. Tambahan pula Gadis Bintang mempuya masalah fobia kepada badut. Dapat Gadis Bintang bersendirian mengatasi masalah fobianya itu demi menyelamatkan Sri Bangsar daripada ancaman Mat Donat? Semua jawapan ada di dalam Diari Gadis Bintang.
Ok! Selamat Berjumpa lagi! Mungkin ini coretan akhir Syaqhirah sebab lepas ni Syaqhirah tak sempat nak update entri lagi. Kita jumpa lagi pada 20.9.2012! Haha! Tak lama lagi tu!
Coretan Oleh,
Oh, saya pun ada novel tu! Yeay!!!
ReplyDeletesaya pun ada novel tu!
ReplyDeletesaya pun ada novel tu!
ReplyDelete