Tuesday 16 October 2012

Kalau dapat 5A & Mumtaz, aku nak....

 

Kalau dapat 5A dan Mumtaz Syaqhirah nak macam-macam. Tapi, kalau nak ikut kemahuan Syaqhirah ni, boleh bankrup parents Syaqhirah. Haha...Tapi, Syaqhirah sayang mama and abah. So, Syaqhirah tak minta banyak sangat kalau dapat 5A atau Mumtaz atau kedua-duanya sekali. :)
 
Kalau dapat 5A, Syaqhirah dah fikir sejak bulan Januari lagi yang Syaqhirah cuma nak tiga benda ni je:
 
  • Umrah
  • Iphone 5
  • Samsung Galaxy Tab 2
Sepatutnya empat benda. Syaqhirah nak pergi Brunei tapi dalam umrah tu nanti kami pergi Brunei dulu baru pergi Mekah. Yahooo...Bestnya! Boleh melancong ke luar negara! Yey! Tapi, kena dapat 5A dulu...huhuhu...
 
Kalau dapat Mumtaz pulak tapi tak dapat 5A Syaqhirah akan minta benda sama macam kat atas. Kalau dapat kedua-duanya sekali macam mana? Mustahil je rasanya...Syaqhirah bukannya pandai sangat tetapi tak bodoh. Tiada orang di dunia ini yang bodoh dan pandai, hanya ALLAH sahaja yang bijaksana dan tidak bodoh. Apa tiada orang di dunia ni yang bodoh dan pandai? Baca kat ayat kat bawah ni:
 
Tiada manusia yang pandai dan bodoh kerana yang pandai boleh menjadi bodoh dan yang bodoh boleh menjadi pandai.
 
Muehehehe...Syaqhirah harap Syaqhirah dapat 5A dan Mumtaz. Amin! 
 
 
Coretan Oleh,

 
 
 
 

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum,
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini
SATU pun jadi lah ! hehe

Copyright 2011-2012.All Right Reserved By Syaqhirah