Monday 19 November 2012

Keputusan UPSR 2012

 
Kalau rasa gembira tepuk tangan...lalalalla...Kenapa tiba-tiba menyanyi ni? Sebab, Syaqhirah sangat happy ^_^! Kalau Syaqhirah dah happy, mesti korang tahu result UPSR Syaqhirah berapa right?
Hihi...result Syaqhirah 5A! Alhamdulillah, Ya Allah! Syaqhirah sangat bersyukur! Mama and abah Syaqhirah bukan main gembira lagi hingga telefon semua aunty2 and uncle2 Syaqhirah sebab nak bagitau dorang pasal result UPSR.
Syaqhirah dah ready ni nak terima hadiah daripada mama,abah,aunty2,uncle2 and nenek tercinta. Hadiah daripada nenek saya adalah yang paling utama! Sebab hadiah nenek saya ialah UMRAH! Siapa yang tak nak umrah? Cuba tarik hidung sampai tercabut. Haha..
Kalau nak tahu hadiah apa lagi yang Syaqhirah akan dapat cuba baca kat ENTRI INI.
Kelmarin, sebelum ambil slip UPSR, Syaqhirah amatlah gementar sampai kaki ni sejuk tau! Syaqhirah macam ragu-ragu boleh dapat 5A sebab sains bahagian A cuma 23.. huhu T_T. Kalau nak dapat A bahagian B mesti 17 ke atas.
Ni Syaqhirah nak cerita masa my mom and Syaqhirah pergi ambil slip. My dad? My dad kata tak nak ikut, nak duduk kat dalam kereta je. Then, my mom and Syaqhirah masuk ke dalam pejabat am. kat situ banyak cikgu dan ada beberapa orang murid. Murid yang lain semuanya kat luar mungkin dah ambil slip atau tunggu mak bapak dorang sebab Syaqhirah tengok takda pun makbapak dorang.
 Lepas tu, my mom tanya cikgu kat situ mana nak ambil slip UPSR. Then, kami pun pergi kat meja yang cikgu tu beritahu. Dekat je..3 langkah sampai dah. Kat meja tu ada dua orang guru yang bertugas, Madam Kartini dan Cikgu Osman semuanya mengajar math. Madam Kartini suruh Syaqhirah tandatangan satu kertas ni. Syaqhirah pun tak tahu kertas apa.
Sebenarnya, masa je Syaqhirah sampai kat meja untuk ambil slip UPSR, kawan Syaqhirah Syahirah Athilah atau lebih dikenali sebagai Illa dah bagitau yang Syaqhirah 5A tapi Syaqhirah tak percaya pun. Dia ada kata jugak, dia tengok kat papan kenyataan. 
Tapi, Syaqhirah tetap tak percaya. Lepastu, Cikgu Osman tanya nama Syaqhirah. Lepastu, Cikgu Osman cari slip Syaqhirah. Masa Cikgu Osman cari slip tu, Illa masih lagi nak yakinkan Syaqhirah dia kata " Betul Syaqhirah! Kau dapat 5A! " Tiba-tiba Cikgu Osman menyampuk, " Mana ada dia dapat 5A." Masa tu Syaqhirah dah macam nak menangis. 
Jantung ni dah berdebar. Dalam 10 saat macam tu, Cikgu Osman dah jumpa. Cikgu Osman pun cakap " Kan betul! Mana ada dia dapat 5A. Taklah, dia dapat 5A. Hehhe..." Cikgu Osman pun bagi kat my mom. My mom terus senyum. Bukan main gembira lagi my mom masa tu. Lepastu, kitorang pulang nak bagitau abah yang tengah menunggu kat kereta.
Syaqhirah rasa sangat sangat sangat sangat gembira! Akhirnya, Syaqhirah dapat jugak apa yang Syaqhirah nak. I'm so happy! Alhamdulillah..terima kasih Ya ALLAH! 

5A DALAM GENGGAMAN!!!


♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum,
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini
SATU pun jadi lah ! hehe

Copyright 2011-2012.All Right Reserved By Syaqhirah