Dasyatnya Doa Seorang Ibu!
Dahsyatnya Doa Ibu
- Wahai Ibu! Doakan kesemua anak-anakmu...
"Doa orang tua untuk anaknya bagaikan doa nabi untuk umatnya." (Hadis laporan ad-Dailami)
Berikut ialah kisah yang saya ringkaskan mengenai betapa hebatnya doa
seorang ibu, yang saya ambil dari buku bertajuk Dahsyatnya Doa Ibu hasil
tulisan Syamsuddin Noor keluaran PTS.
Ada 2 orang adik-beradik
iaitu Amin (abang) dan Adi (adik). Amin sangat baik sejak kecil
sehingga dewasa. Dia tidak pernah melakukan sebarang perkara jahat
mahupun maksiat. Ibu bapa, keluarga serta masyarakat sangat menyayangi
Amin.
Adi pula sangat nakal sejak kecil. Apabila dewasa Adi
menjadi individu yang jahat. Dia pernah dipenjarakan tetapi tidak pernah
insaf. Hidupnya sering bergelumang dengan maksiat. Melihat perangai Adi
yang teruk ini, ibunya sering berdoa agar Allah memberikan Adi hidayah
dan kembali ke jalan lurus.
Suatu hari, Adi memberitahu ibu dan
Amin yang dia ingin memulakan perniagaan. Dia meminta sebahagian harta
peninggalan arwah ayahnya. Ibunya dan Amin berasa lega kerana mereka
sangka Adi sudah berubah dan ingin bertaubat. Rupa-rupanya tidak, Adi
ingin membuka sebuah rumah pelacuran. Ibu dan abangnya enggan memberikan
dokumen harta pusaka tersebut.
Pada waktu malam, Adi cuba
mencuri dokumen itu tetapi dihalang oleh ibunya. Adi menendang ibunya.
Dalam kesakitan, ibunya berdoa lagi agar Adi kembali ke jalan yang
diredhai Allah. Tanpa bantuan ibu dan abangnya, Adi berjaya juga membuka
sebuah rumah pelacuran.
Selepas kejadian itu, Amin tiba-tiba mendengar satu suara halus yang membandingkan dirinya
dengan Adi. Suara itu berkata:" Sejak kecil sehingga sekarang, engkau
asyik beribadah, tidak pernah merasai nikmat dunia. Lihat adik kamu,
sentiasa ada wanita sekeliling pinggang. Apa kata kamu kunjungi rumah
pelacuran adikmu. Sekali sahaja. Selepas itu, bertaubatlah. Allah pasti
menerima taubatmu kerana Allah Maha Penyayang."
Amin berazam untuk pergi ke rumah pelacuran adiknya pada malam itu selepas solat Maghrib.
Dalam masa yang sama, Adi yang berada di rumah pelacurannya mula
terfikir:" Sampai bila aku perlu hidup dalam maksiat. Semua orang
membenci aku. Jika berterusan begini, pasti aku akan masuk neraka dan
abangku sudah tentu akan masuk syurga. Aku tak masuk terus hidup dalam
maksiat. Aku perlu berubah. Malam ini juga, aku akan ke masjid untuk
solat bersama-sama abangku."
Pada malam itu, Amin dan Adi
meneruskan niat masing-masing. Disebabkan mereka tidak melalui jalan
yang sama, mereka tidak berselisih.
Adi pun meninggalkan rumah
pelacurannya. Amin pula selepas pulang dari solat Maghrib, terus
menyalin pakaian dan menuju ke rumah pelacuran. Tiba di sana, dia tidak
berjumpa dengan adiknya. Semua orang tidak tahu di mana Adi. Akhirnya,
Amin berjumpa dengan Mira, seorang pelacur yang pernah menggodanya
dahulu. Mira menyambutnya dengan mesra dan akhirnya mereka berdua
tenggelam dalam maksiat.
Sementara itu, Adi yang telah tiba di
masjid tercari-cari abangnya. Dia tidak menemui Amin. Malahan semua
orang di masjid tidak tahu di mana Amin. Adi pun terus mendirikan solat
dan melakukan wirid kerana benar-benar ingin bertaubat.
Tiba-tiba berlaku satu gempa bumi yang kuat. Semua orang dalam masjid
itu bertempiaran lari keluar kecuali Adi yang begitu kusyuk berwirid.
Banyak bangunan yang runtuh akibat gempa bumi itu. Keesokan harinya,
orang ramai sibuk mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan. Mereka
terjumpa mayat Adi sedang memeluk Al-Quran. Di runtuhan rumah pelacuran
pula, mereka terjumpa mayat Amin serta Mira dalam keadaan yang
memalukan. Orang ramai kehairanan melihat Adi yang mati di masjid dan
Amin pula di rumah pelacuran.
Ibu mereka menangis melihat
keadaan anak-anaknya, lebih-lebih lagi keadaan mayat Amin. Barulah dia
tersedar, selama ini dia tidak pernah mendoakan Amin kerana
menganggapnya anak yang soleh dan tidak memerlukan doanya.
Pengajaran dari kisah ini:
Doakanlah kesemua anak-anak kita. Kalau ada 10 orang anak, doakan untuk
kesemuanya. Walaupun perangai anak-anak ada yang baik dan ada yang
buruk, janganlah lupa mendoakan mereka.
- Doakan yang terbaik
untuk anak-anak kita. Dan jika marahkan anak-anak, berhati-hati dengan
ayat yang keluar dari mulut kita. Apa yang kita katakan adalah doa.
Jangan tersalah doa...kasihanilah anak-anak.
♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥
Copyright 2011-2012.All Right Reserved By Syaqhirah
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum,
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini
SATU pun jadi lah ! hehe