Saturday 11 February 2012

Festival Kebudayaan Antarabangsa


           



Hari ni nak cerita pengalaman Syaqhirah di Festival Kebudayaan Antarabangsa! Memang seronok dan meriah sekali! Banyak orang datang untuk tengok festival tu! Artis datang tak? Yup, tapi Syaqhirah tak tengok sebab kami dah pulang masa tu dan Syaqhirah tak sempat ambil gambar sebab abah Syaqhirah lupa bawa kamera! 

Etnik yang paling Syaqhirah suka ialah Etnik Arab,Syria, Singa-singa dan Pancaragam! Kenapa Syaqhirah suka Etnik Arab? Sebab dorang lah yang paling meriah. Tak berhenti menyanyi dan menari. Dorang nyanyi lagu apa? Lagu selawat ke atas nabi dan macam-macam lagi lah. Tapi, dorang nyanyi semua lagu agama Islam! Very Good! Gaya dorang menyanyi dan menari memang macam orang arab! Memang hebat! Rugi kalau korang tak tengok!

Walaupun Syria 3 orang je, tapi memang hebat! Baju dorang penuh lampu-lampu. Dorang menari pun mengkagumkan! Suka sangat!

Pancaragam pula pun hebat. Dorang berbaris semua tepat! Dorang main alat muzik pun bagus! Syaqhirah suka sangat! 


Syaqhirah cuma suka singa-singa je di etnik cina. Syaqhirah suka tengok tarian singa! 


Tapi, memang tidak dinafikan festival tu sangat meriah dan mendapat sambutan ramai! Memang rugi kalau tak datang! Pulang je dari festival tu, Syaqhirah terus tidur. Penat sangat! Syaqhirah harap lain kali Festival Kebudayaan Antarabangsa akan diadakan lagi!

♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum,
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini
SATU pun jadi lah ! hehe

Copyright 2011-2012.All Right Reserved By Syaqhirah