Thursday 5 April 2012

Beg Baru



Sebenarnya Syaqhirah dapat beg baru kelmarin lepas Syaqhirah balik dari kelas tambahan. Dah sampai kat rumah, Syaqhirah nampak hadiah. Apa tu??? Hadiah untuk siapa? Takkanlah untuk sepupu Syaqhirah? Penat otak Syaqhirah fikir untuk siapa hadiah tu.


Tanya mama, mama hadiah tu untuk siapa? " Untuk kamulah, takkanlah untuk mama? " Ye kan? Mestilah untuk aku. Haha! Tertawa Syaqhirah sendiri.
Dengan sepantas kilat, Syaqhirah berlari dari bilik mama Syaqhirah ke ruang tamu. Tiba-tiba je hadiah tu hilang. Ke mana perginya hadiah tu? Takkan berjalan kot? Syaqhirah tengok sekeliling, takda! Aiyooo, manalah hadiah tu.
Nasib baik ayah Syaqhirah bagitahu kat mana hadiah tu. " Hadiah tu ada kat bilik kamu." Pandai pulak ayah Syaqhirah baca fikiran Syaqhirah kan?
Sekali lagi, Syaqhirah berlari ke bilik Syaqhirah. Hadiah tu, ada di atas kerusi. Syaqhirah buka balutan hadiah tu. Wow! Syaqhirah terus tersenyum kambing. Napa? Napa? Napa? Hihihi!




Tadaaaaaaaaaaa, ini lah hadiah tu! Beg morgirl. Syaqhirah suka sangat! I'm so happy.Alhamdulillah, terima kasih Ya ALLAH. Syaqhirah yang dah besar cam ni pun masih minat beg morgirl kan? Haha!

Biasanya Syaqhirah akan beli beg morgirl warna pink hitam but now pink putih! Syaqhirah kena jaga baik-baik beg ni. Sayang sangat beg ni!

Tapi, yang menjadi persoalannya, untuk apa mama dan ayah Syaqhirah bagi hadiah? Hari jadi? Not! Sebab hari jadi Syaqhirah masih lama.
Syaqhirah terus tanya mama yang tengah menonton televisyen. " Beg Syaqhirah yang hitam pink tu dah putus kan? Jadi, mama beli lah. Mama sengaja nak balut cantik-cantik. " That's why mama Syaqhirah beli. Happynya...


Korang minat beg apa? Sasha? Morgirl? Atau korang minat yang lain?


Coretan Oleh,







♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

1 comment:

Assalamualaikum,
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini
SATU pun jadi lah ! hehe

Copyright 2011-2012.All Right Reserved By Syaqhirah