Hi stalker! Hari ni Syaqhirah nak kongsi sesuatu tentang jerawat kepada korang. Jerawat? Pasti korang benci dengan jerawat kan? Kalau korang tengah belek-belek muka depan cermin,tiba-tiba nampak jerawat, mulalah korang sakit hati dan geram kan?
Cuba korang ambil cermin sekarang lepastu tengok muka korang depan cermin. Ada jerawat tak? Ada? Kat mana jerawat tu? Dagu? Pipi? Hidung? Posisi jerawat kat muka korang tu boleh memberi petunjuk kepada kesihatan korang tau! Kalau pipi, kesihatan dia macam mana? Nak tahu? Jom baca! Kita mulakan dari dahi dulu ye?
Jerawat kat Dahi
Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik
menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada
jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur
awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan
minum air banyak.
Jerawat kat HIDUNG
Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.
Jerawat kat DAGU
Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
Jerawat kat PIPI
Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar
seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak
normal.
Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)
Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi
petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena
sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi
memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi
jerawat korang. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah
sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai
tahap kesihatan, korang perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.
Wait, Syaqhirah ada tips supaya kulit korang sihat!
Korang dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Itu salah satu tips penting untuk kecantikan tau! Kenapa kena minum 8 gelas air kosong sehari? Ini akan membantu korang untuk mengimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan. Selain itu, korang mesti cukup tidur tau! Tak boleh kurang tidur dan kurang air. Kalau tak, mulalah jerawat tumbuh kat muka korang yang comey tu...♥
Coretan Oleh,
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum,
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini
SATU pun jadi lah ! hehe