Sunday, 10 June 2012

Tutorial: Cara nak ambil Image URL






Assalamualaikum and hello peeps! Baru-baru ni, ada orang tanya Syaqhirah kat facebook, kenapa favicon dia tak jadi? Dia cakap gambar dia tak keluar. Then, Syaqhirah cakap, hah? tak jadi? Awak ambil kod gambar tu semuanya ke?. Dia kata ya. Patutlah! Tak jadi rupanya salah kod! 
Tutorial kali ni Syaqhirah nak ajar cara nak ambil image url kat google, photobucket dan glitter-graphics! Hope tutorial kali ni berguna untuk newbie blogger ni... 

Cara Nak Ambil Image URL dekat Google
 1. First sekali, korang taip kat google, gambar yang korang nak. Lepastu, korang klik gambar yang korang nak.

 
 (klik gambar untuk lebih jelas)


2. Tekan right click kat gambar tu.

3. Lepastu, tekan view image tapi jangan pulak korang tekan view image info ye...

(klik gambar untuk lebih jelas)

4. Copy url gambar tu seperti yang ditunjukkan oleh anak panah tu dalam gambar kat bawah ni :


 (klik gambar untuk lebih jelas)


5. Korang dah boleh dapat url image korang tu! Nak paste kat mana ye? Paste kat mana yang korang nak lah.


Cara Nak Ambil URL Image kat Photobucket

1. Search gambar yang korang nak.

2. Click gambar yang korang nak tu.

3. Sebelah kanan, ada kotak macam ni:

 

4. Korang copy lah kod dalam kotak direct link yang diletak kotak merah tu...

5. Dah dapat url image yang korang nak then paste kat tempat yang korang nak. ^_^


Cara Nak Ambil URL Image kat Glitter-Graphics

1. Korang pergi SINI dulu.

2. Korang pilih gambar mana yang korang nak.

3. Kalau dah pilih, korang tengok bahagian bawah. Ada tak kod macam kat bawah ni ha:

 

4. Ada kan? Korang ambil kod URL nya, yang diletak kotak biru tu.

5. Itulah, url nya. 

6. Tapi, kalau korang copy kod nya kat situ, mesti automatik ter-highlight semuanya kan? Korang buka notepad, then paste kat situ ye???

7. Copy lah kod yang ada kotak biru tu ya... ^_^


Selamat Mencuba Guys!


Coretan Oleh,






♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum,
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini
SATU pun jadi lah ! hehe

Copyright 2011-2012.All Right Reserved By Syaqhirah