Monday 29 October 2012

Tutorial: Buat Banner Guna Photoscape

 

Tadi, Syaqhirah check blog Syaqhirah and Syaqhirah nampak ada budak yang nak request tutorial cara buat banner. Sorry ye dik, sebab akak lambat buat tutorial. Akak busy lah dik.

Ada sesiapa ke yang tak tahu apa itu banner? Kalau tak tahu, cuba tengok contoh bahagian sidebar yang bertajuk "Banner Ku!". Cuba tengok bawahnya, ada banner kan? Itulah banner.

Tutorial hari ni kita guna photoscape ye? Kalau korang belum download photoscape lagi, korang boleh download kat sini.

Sebelum kita mulakan tutorial, korang kena cari dulu background untuk banner korang. Backgroundnya mestilah bersaiz 125 x 125 atau 100 x 100

1. Buka photoscape.

2. Lepas tu, sila klik editor.

3. Ambil background untuk banner yang korang dah cari di bahagian tepi/sebelah kiri tu....

4. Then, tekan object macam gambar kat bawah ni:


  5. Kalau nak letak perkataan kat banner korang tu, korang kenalah tekan logo T. Korang boleh letak hiasan atau gambar yang comel-comel untuk menjadikan banner korang tu cantik.

 
6. Kalau nak buat animated atau flash banner, korang kenalah buat gambar sama yang berkeping-keping. Maksudnya, kena buat dua gambar dengan background yang sama tapi tulisan atau hiasan yang lain. Faham tak???
 
7. Kalau korang dah siap design gambar yang pertama tadi, korang kenalah save. Lepastu, klik ANIMATED GIF untuk buat flash banner.
 
 
8. Drag gambar pertama yang korang dah save tadi, ke ruang kosong.
 
9. Then, korang kena buat gambar yang kedua pulak. Kalau dah buat, korang tinggal save lepastu drag gambar tu ke ANIMATED GIF. Ia akan jadi macam ni:


 10.  Korang boleh change time untuk banner korang tu. Semakin besar nombor yang korang ubah, semakin lambat flash banner korang. Change Effect pulak untuk tukar pergerakan gambar sama ada bergerak ke atas, bawah atau ke kiri,ke kanan.

11. Sila tekan save kalau dah siap buat banner.

Ini adalah contoh simple banner. Taklah cantik sangat, dah namanye simple banner.

 
Korang punya banner mesti lebih cantik dari yang Syaqhirah buat kan? Maklumlah, korang kan kreatif! ^_^



Coretan Oleh, 
 

 


♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

5 comments:

  1. masukan terus dalam blog ke ?

    ReplyDelete
  2. Salam tq atas info,, cantik blog, sy follow ye,,jemput jenguk dan follow blog saya yg tak cnik tu ye :) http://miyrass.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. blog saya juga http://farisharidzuan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. nice info..baru nak cuba photoscape

    http://ruzidah.com/

    ReplyDelete
  5. Wow! Syaqhirah. Youre so talented sis. Perghh! I cant do this to ma blog. Cantik sgt blog muu. Argh. Jealouss !!

    ReplyDelete

Assalamualaikum,
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini
SATU pun jadi lah ! hehe

Copyright 2011-2012.All Right Reserved By Syaqhirah