Wednesday, 21 March 2012

Kelebihan Berzikir







Entri sebelum ni, kesan berzikir sekarang kelebihan berzikir pula. Syaqhirah baru je baca tadi. Huhuhu...Sebelum Syaqhirah pergi library, Syaqhirah post entri dulu...Syaqhirah kesuntukan masa, jadi Syaqhirah tak nak cakap panjang-panjang kita terus je ke topik kita yang sebenar ok?


1. Zikir melahirkan budi pekerti yang luhur
Dengan mengingati Allah,maka kita akan terhindar dari melakukan perkara yang buruk.Firman Allah:
“Bacalah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab,dan dirikanlah solat kerana sesungguhnya solat itu dapat menghalangi manusia daripada keburukan dan kemungkaran dan sesungguhnya mengingati Allah
(berzikir)lebih besar,dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” Al Ankabut 45
 
2. Zikir mendekatkan diri kepada Allah.
Firman Allah:
“Kerana itu,ingatlah kamu kepadaKu nescaya aku ingat pula kepadamu,dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu.” Al Baqarah 152  
 
3 Zikir boleh menenangkan jiwa
Firman Allah:
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah,hanya dengan mengingat Allah,hati menjadi tenteram. Ar Ra”ad 28
 
4. Berzikir mempeoleh keampunan
Firman Allah:
Lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah(berzikir),Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar.” Al Ahzab 35
 
5 .Berzikir dapat melepaskan diri dari bahaya.
Firman Allah:
“Maka Yunus ditelan oleh ikan yang besar.Maka kalau sekiranya,dia tidak termasuk orang-orang banyak mengingat Allah,nescaya ia akan tetap tinggal dalam perut ikan itu hingga hari berbangkit”. As Shafaat 142.
 
6.Berzikir memperoleh pahala yang tinggi
Rasulullah bersabda:
“Dua kalimah yang tercinta kepada Tuhan Yang pemurah,ringan diucapkan pada lidah,berat dalam timbangan iaitu: Subhanallahi Wabihamdihi, Subhanallahil Aziim.”(Bukhari dan Muslim)
 
ADAB BERZIKIR
Adab berzikir ini dapat fahamkan dariFirman Allah :
“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut,dan dengan tidak mengeraskan suara,di waktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”
Al ‘Araf 205

p/s: Jadikan zikir sebagai amalan yang sentiasa kita lakukan! Zikir membawa kepada kebaikan bukan keburukan! Daripada menyanyi, mengumpat, memfitnah lebih baik berzikir.


Coretan Oleh,








♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum,
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini
SATU pun jadi lah ! hehe

Copyright 2011-2012.All Right Reserved By Syaqhirah