Thursday 15 March 2012

Membeli-belah bersama cousin tersayang.




  


Hai, jumpa lagi kita dalam entri lain, di blog yang sama...Syaqhirah nak cerita sikit ni... Cerita apa? Tengok tajuk entri ni. Hah, itulah ceritanya. Kami pergi membeli-belah pada hari Rabu. Memang seronok! Syaqhirah dapat beli novel! Yey! Novel yang bertajuk Aku,Dia Dan Glamour. Penulisnya Lily Haslina Nasir. Kenal tak? Kalau tak selalu baca novel dari Lily Haslina Nasir mestilah lah tak tahu kan? Ain Maisarah tahu? Tak tahu jugak. Ish-ish...Eh, kita dah keluar topik ni!

Malam Khamis tu pulak, kami sambut hari jadi sepupu Syaqhirah. Kami makan kek,sate, lontong dan sayap ayam. Sate mana ye? Sate Mas AF2 siapa tahu kat mana tu? Memang enak, Syaqhirah makan 5 batang sate yum yum. Syaqhirah paling suka sate kambing! Memang enak! Rasa lapar pulak Syaqhirah sekarang ni. Apa hadiah Syaqhirah untuk cousin Syaqhirah? Apa hadiahnya? Hadiahnya ialah... pensel warna, pencil box dan colouring book. Apalagi, dorang pun senyumlah macam kerang busuk(ayat dalam novel gadis piano)...Huhuhu, esoknya(khamis) dorang dah balik. Cepatnya....Mesti aku kesepian...Tanpa, teman untuk bersama denganku. Huh...Ok! Ini je lah cerita entri kali ni. Syaqhirah nak tidur. Dah malam ni......



Coretan oleh,











♥ Terima Kasih Sebab Sudi Membaca Entri Ni! Like Kalau Suka! ♥

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum,
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini
SATU pun jadi lah ! hehe

Copyright 2011-2012.All Right Reserved By Syaqhirah